1 research outputs found

    Hubungan di antara status Sosio Ekonomi (SSE) keluarga dengan pencapaian akademk : satu kajian ke at as pelajar aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara status sosio ekonomi (SSE) keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar aliran teknikal. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tingkatan empat aliran teknikal di lima buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Sekolah Menengah Teknik Pertanian Rembau, Sekolah Menengah Teknik Ampangan dan Sekolah Menengah Teknik Port Dicksoa Seramai 350 orang pelajar terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara rawak mudah. Analisis regresi mudah dan regresi berbilang digunakan untuk melihat hubungan di antara pembolehubah yang dikaji. Keseluruhan data kajian telah dianahsis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 11.5 dengan membuat pengiraan peratusan dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan secara majoritinya, SSE mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa SSE mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar aliran teknikal. Beberapa cadangan dikemukakan untuk panduan kajian selanjutnya
    corecore